Salam sejahtera


Terokailah Keajaiban Dunia Untuk Mengenali kekuasaan Maha Pencipta...



Saturday, December 1, 2012

PEKA Tahun 6



LEMBARAN KERJA PEKA TAHUN 6
Nama:……………………………..     Kelas:……………………………..
Tarikh:…………………………..
Theme: Menyiasat Daya dan Tenaga
Learning Area: Geseran
Learning objectives:    1.3  Menganalisis geseran
Activity code: 6/2/1/1.3/1
Tajuk: GESERAN DAN JARAK PERGERAKAN
Tujuan: Untuk mengkaji hubungan di antara jenis permukaan dengan jarak yang dilalui oleh kereta mainan.
Bahan-bahan:
…………………………………………………………………………………………………………………….
Perkara yang :
a)      Kekalkan sama(dimalarkan)……………………………………………………………………………
b)      Yang diubah (dimanipulasikan)………………………………………………………………………
c)      Yang diperhatikan (bergerakbalas)…………………………………………………………………
Apa yang hendak diuji? (Hipotesis)
………………………………………………………………………………………………………………………………….
Arahan:
1.      Bekerja dalam kumpulan
2.      Masa diberi selama 60 minit.
3.      Letakkan landasan di atas lantai simen di dalam makmal.
4.      Naikkan sebelah landasan dengan menggunakan 3 ketul bata. Tandakan garisan permulaan.
5.      Letakkan kereta mainan di garisan permulaan dan lepaskan kereta mainan tersebut.
6.      Tandakan tempat dimana kereta mainan itu berhenti.
7.      Gunakan pita pengukur untuk mengukur jarak kereta mainan dari hujung landasan hingga ke tempat kereta mainan itu berhenti.
8.      Rekodkan jarak tersebut di dalam jadual.
9.      Ulang penyiasatan yang sama dengan menggunakan permukaan berikut:
(a)   Kertas pasir
(b)   Jalan tar
(c)    Papan plywood
Langkah-langkah penyiasatan:
.................................................................................................................................................
Keputusan:
Jenis permukaan
Jarak yang dilalui oleh kereta mainan(cm)










Perbincangan:
1.      Nyatakan satu pemerhatian berdasarkan penyiasatan yang telah dibuat?

2.      Nyatakan pembolehubah:
(a)   Dikekalkan sama?
(b)   Yang diubah?
(c)    Yang diperhatikan?

3.      Pada permukaan yang manakah kereta mainan bergerak:
(a)   Jarak paling jauh?
(b)   Jarak paling dekat?

4.      Jenis permukaan yang manakah mempunyai paling banyak geseran?

5.      Jika permukaan semakin kasar, ramalkan jarak yang akan dilalui oleh kereta mainan?

6.      Lukiskan carta palang yang menunjukkan jenis permukaan dengan jarak yang yang dilalui oleh kereta mainan.

7.      Nyatakan kesimpulan berdasarkan penyiasatan di atas.

Disediakan oleh:  Pn Nurzanida binti Zainal Azmi
LEMBARAN KERJA PEKA TAHUN 6

Nama:                                                                                     Kelas:
Tarikh:
Theme: Menyiasat Daya dan Tenaga
Learning Area:Arus  Elektrik
Learning objective: 2.2 Memahami litar selari dan litar bersiri
Kod Aktiviti: 5/2/2.2/6
Tajuk:  Jenis litar dan kecerahan mentol
Tujuan: Untuk mengkaji hubungan di antara jenis litar dengan kecerahan mentol.
Bahan-bahan:
……………………………………………………………………………………………………………………………………….
Perkara yang :
(a)   Dikekalkan sama:…………………………………………..
(b)   Yang diubah:…………………………………………………….
(c)    Yang diperhatikan:…………………………………………….
Apa yang hendak diuji? (Hipotesis)
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
Arahan:
1.      Bekerja di dalam kumpulan.
2.      Masa diberi selama 40 minit.
3.      Bina litar bersiri dengan menggunakan dua sel kering, dua mentol, suis dan wayar penyambung.
4.      Lengkapkan litar dan perhatikan kecerahan mentol.
5.      Rekodkan kecerahan mentol dalam jadual yang disediakan.
6.      Bina litar selari dan ulangi langkah seterusnya.
7.      Buat perbandingan kecerahan mentol pada kedua-dua litar tersebut.

Langkah-langkah penyiasatan:
………………………………………………………………………………………………………………
Keputusan:
Jenis Litar
Kecerahan Mentol





Perbincangan:
1.      Nyatakan pemerhatian yang dapat dilakukan.
2.      Nyatakan perbezaan di antara litar bersiri dengan litar selari.
3.      Berikan dua inferens berdasarkan pemerhatian dalam jadual di atas.
(a)   Inferens 1:
(b)   Inferens 2:
4.      Lukiskan gambarajah litar selari dan litar bersiri seperti yang telah dibina.







                              Litar Bersiri







                              Litar Selari

5.      Nyatakan satu kesimpulan yang dapat dibuat berdasarkan penyiasatan di atas.


Disediakan oleh:
Pn Nurzanida bt Zainal Azmi



LEMBARAN KERJA PEKA TAHUN 6
Nama:                                                                                     Kelas:
Tarikh:
Theme: Menyiasat Daya dan Tenaga
Learning Area: Haba
Learning Objective: 4.2 Memahami kesan haba ke atas bahan
Tajuk: Pengembangan dan Pengecutan
Tujuan: Untuk mengkaji hubungan di antara kehadiran haba dan kesan haba terhadap bahan.
Bahan-bahan :
……………………………………………………………………………………………………………………………………..
Perkara yang :
(a)   Dikekalkan sama:…………………………………………………
(b)   Diubah:………………………………………………………………
(c)    Diperhatikan:………………………………………………………
Apa yang hendak diuji? (Hipotesis)
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………
Arahan:
1.      Bekerja dalam kumpulan.
2.      Masa diberi selama 40 minit.
3.      Letakkan belon pada hujung flat bottom flask.
4.      Masukkan radas tersebut ke dalam besen dan isikan air panas ke dalam besen tersebut.
5.      Perhatikan perubahan yang berlaku pada saiz belon.
6.      Rekodkan penemuan tersebut pada jadual yang disediakan.
7.      Pindahkan radas tersebut ke dalam besen yang diisi dengan ketulan ais.
8.      Perhatikan perubahan yang berlaku pada saiz belon.
9.      Rekodkan penemuan pada jadual yang telah disediakan.
Langkah-langkah:
…………………………………………………………………………………………………………………………………………………….

Keputusan: (Lukiskan gambar dan label)












                           Di dalam besen  air panas












                                  Di dalam besen ais

Perbincangan:
1.      Apakah pemerhatian yang dapat dibuat:
(a)   Di dalam besen air panas:………………………………………………………………………………………….
(b)   Di dalam besen berisi ais:………………………………………………………………………………………

2.      Berikan inferens pada jawapan 1(a) dan (b).
(a)…………………………………………………………………………………………………………………………………..
(b)…………………………………………………………………………………………………………………………………..
3.  Nyatakan pembolehubah yang:
            (a) Dimanipulasikan:…………………………………………………………………………………………………………
            (b) bergerak balas:…………………………………………………………………………………………………………
4. Nyatakan kesimpulan yang didapati:
……………………………………………………………………………………………………………………………………………..

Disediakan oleh: Pn Nurzanida bt Zainal Azmi

1 comment:

  1. Latihan yang disediakan sangat mencabar..

    ReplyDelete